Jom Follow me!!

23 Julai 2012

CINTA BARU: Coke & Sundae-Ilya Abdullah



18 Julai 2012: Baru lepas baca novel nie... sebuah novel yang tajuknya pun dah tahu CUTE.. memang tak kering gusi baca novel nie dan paling penting tak sia-sia beli untuk koleksi seterusnya... mengisahkan pasangan yang kelakar, cute dan ganas manja gitu.... Syakir seorang yang sanggup memendam rasa cinta dan Azyan pulak yang suka buat-buat blur... Akhirnya cinta mereka bersatu..memang sweet sangat dorang di tambah dengan watak-watak lain yang turut membuat hati nie tercuit nak minta penulis novel Ilya Abdullah buat sambungan.... COKE & SUNDAE II...

Sinopsis Yang di Muat turun:


Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.

Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje.

Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.

Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.

Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan.
Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae?

Sebuah kisah cinta kelakar yang rugi jika tidak dimiliki!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan