Jom Follow me!!

25 Januari 2012

Persiapan ke Bandar Ho Chi Minh, Vietnam

Perancangan aku dan Trip tempat aku bekerja kali ini ke Bandar Ho Chi Minh, Vietnam.... rasanya dah hampir 2 bulan perancangan ini dibuat oleh ajk Puspanita... Pertama kali aku nampak iklan kat wallpaper mengatakan ada trip ke sini... aku macam berminat je nak pergi... tapi tak de geng pulak.... aku hold kan dulu sebab nak tanya Mrhubby samada dia nak pergi ke tidak? Jawapannya TAK NAK......waaaaa..sedey...tapi dia cakap kalo nak pergi dia benarkan.... aku pun meloncatlah sebab dapat kebenaran gitu.... tapi sangat berdukacita sebab ini lah kali pertama aku travel tanpa dia.... Disebabkan Bahagian aku ada jugak yang pergi aku pun teruskanlah niat dihati...cuma kecewa sekali lagi bila dapat tahu encik encik suami kepada kawan kawan ku nak ikut.....waaaaaa..macam mana nie...aku sesorang jer.... hentam jelah sebab tentu ada orang lain yang single single pergi....

Akhirnya tiba juga masa untuk berangkat ke Vietnam, trip aku 26-29 Januari 2012..... Bila dah tiba masa, banyak lah persediaan yang perlu dibuat... walaupu pergi dengan travel agensi sedikit sebanyak aku kenalah tahu tentang Negara Vietnam ini... aku pun mula sibuk search kat internet mengenai Vietnam.... macam bestlah jugak kalo membaca blog blog mengenai lawatan ke Bandar Ho Chi Minh nie... yang aku tahu tempat ini katanya Syurga Membeli Belah selain Bandung , Indonesia & Beijing, China...... aku suka sebenarnya pergi negara negara yang matawang nya rendah.... rasa macam jutawan pun ade....hahahhaha... kalo kat Malaysia sampai mati pun aku tak merasa nak jadi JUTAWAN...kahkakhakah.... :)

Ini adalah antara senarai persediaan aku untuk kesana:

1. Duit RM 1665.00 (Perkara paling penting, kalo tak memang tak lepas nak kesana)

2. Pasport ( masih hidup tarikh perjalanan)

3. Pakaian

4. Alat solek/ Alat mandian

5. Kamera

6. Charger Handpone

7. Minyak Angin (takut pening)

 8.Last sekali ...Duit Belanja pulak..... jumlah rahsia.....


ini adalah jumlah tukaran wang Malaysia kepada Dong dan Dollar 
kerana dengar dan baca blog blog orang semua mengatakan Vietnam mengunakan USD dan Dong...
jadi tak sabar nak kesana.... shopping time.....


p/s: okeylah jumpa di entry akan datang...aku nak holiday.. nantikan kisah selepas percutian..daaaaa

3 comments:

  1. hi ,

    i abru balik dari vietnam last week. leh la singgah blog i. tp lom abis update! heheeh

    BalasPadam
  2. bestnya melancong...

    PEACE..

    BalasPadam
  3. Alyn: best kan HCMC... tak puas pergi 4 hari... kita giler shopping..

    dkama: memang best sangat2...

    BalasPadam