Jom Follow me!!

24 Januari 2012

Last Minute Holiday (Teluk Batik) - Part 2

Okeylah hari nie baru sempat nak sambung entry Part 1 hari tue, kali nie nak story pasal hari kedua di Teluk Batik.... Hari nie adalah hari terakhir kami kat Teluk Batik... macam biasalah mengambil peluang dengan manfaatkan sepenuh masa sebelum check out dari hotel....

8.30 pagi: Bersiap-siap untuk turun sarapan, ini pun dah kira terlewat untuk turun sarapan... maklumlah cuti, tentu ramai pulak yang turun breakfast kat hotel nie... memang betulah tekaan aku, sampai je kat ruangan cafe punya penuh manusia... ramai jugak yang menginap kat Marina Cove... nak buat macam mana kena tunggu dan berebutkan meja.... kali nie tak ada gambar nak entry sebab seronok sangat dapat makan kan..... menu pagi nie macam-macam ada...memang berbaloilah bayar mahal untuk semalam.... aku hanya makan roti sekeping, sosej 3 ketul dan scrambled egg... ini pun tak puas makan..tapi dah konyang sangat sangat... Mrhubby pulak Nasi Lemak, Sosej, Kari Ayam, dan Roti Bakar....banyak lagi menu, tapi tak sempat nak serbu perut dah kekenyangan...

9.30 pagi : Lepas makan terus bergerak ke Pantai Teluk Batik, alhamdullilah tempatnya cantek dari Port Dickson aku rasa.... dari segi pantailah kot...kat sini lebih bersih... tapi berbanding keramaian pengunjung memang PD lah lebih ramai.... sampai samapi terus cari port nak bergambar..... sedang bergambar-gambar datang Mat Bot Laju pelawa kami naik....murah je untuk ronda kawasan pantai tue RM 5.00 seorang.. okeylah kami terus naik sebab kami pun bukan nak mandi..saja nak tengok tengok pantai jer pagi tue.... Seronok dan puashati lah datang untuk pertama kalinya ke Teluk Batik nie.. pada yang tak penah datang okey sangatlah tempat nie... ade chalet jugak berdekatan pantai....


 menikmati keindahan pantai....seram pun ado..sebab lama tak naik bot...

10.00 pagi: Bergerak terus ke Marina Water Park yang bersebelahan jer dengan bilik hotel kami.... rasa macam best ajer tengok orang ramai mandi manda... di sebabkan masuknya agak berpatutan hanya RM 7.00 untuk dewasa... aku dan Mrhubby pun masuk... aper lagi terjunlah dalam kolam... best sangat kalo ada budak-budak..sesuai bawak datang sini... tpai kami berdua okey jer...macam kanak-kanak gak.... 

 nie aksi Mrhubby dapat terjun kolam air masin....
yang ini kolan air masin dewasa...agak dalam....

Yang ini akulah..minah pokok...lepas mandi kolam air masin...nak terjun kolam air tawar pulak...

 beraksi dalam kolam air tawar pulak....
ambik gambar kamera letah atas tembok....layan...

11.50 pagi: Bergegas balik bilik hotel sebab check out kul 12.00tengahari....boleh seronok mandi sampai terlupa nak balik...hehehe... dalam 12.30 kami checkout dan terus ke satu tempat baru di kawasan Marina Island dimana  terdapat satu lagi Jeti yang baru untuk ke Pulau Pangkor... kata orang kat sini Jeti ke Pangkor agak lebih dekat kerana mengambil masa dalam 10 minit.... kalo tak singgah kat kawasan nie memang tak tahu ada 2 jeti sekarang selain di Pekan Lumut... Kami bergambar-gambar, cari makan dan shopping makanan laut lagi untuk dibawa pulang untuk kawan kawan dan keluarga tercinta....hehehhe

 Inilah jeti yang berada di Marina Island



aku yang berpoyo poyo di kawasan Lumut.... cantekkan...kekekke

2.45 petang: Aku dan Mrhubby bertolak ke Setiawan selepas di jemput kawan lama aku semasa sekolah berasrama di Kem Terendak... orang dah ajak aku pergilah..sebab dah 14 tahun tak jumpa... tengok-tengok dah beranak pinak dan paling mengejutkan... kawan aku Khaiyatol dah berubah wajah...hahahha.... memang tak sangka..dari ramping dan montel..jangan marah ye khai...aper pun seronok sangat jumpa kawan lama....

inilah kawan aku dan anak-anaknya....

4.00 ptg: Bergerak balik ke K.Lumpur dengan kepenatan.... aku macam biasa tido di sebelah dan Mrhubby terpaksa drive sampai Rawang.... Sampai Sabak Bernam kami singgah ke Pantai BNO (Bagan Nakhoda Omar ) rasanya itulah nama dia.... Punyalah ramai orang... sampai nak parking pun tak boleh... maca biasalah tujuan datang kat sini nak makan Mee Udang dia yang Famous sangat sangat... nie kali ke 3 aku datang makan kat sini.... Yang best kat sini, Mee Udang, Nasi Goreng Udang, Nasi Ayam Udang... semua berkaitan udang.... dalam masakan setiap menu.... adalah dalam 12 ekor udang.... memang sangat mewah.....

 Nie je sempat aku ambik gambar kat sini..... ramai orang malu nak keluar kamera....
Restoren Laksa Pantai Zaiton

 Nie mee Udang biasa... kalo special lagi mewah mee udang nie....

Mrhubby tersenyum kekenyang....

6.30 petang: Bergerak pulang ke rumahku syurgaku di Rawang dan sampai dalam pukul 8.00malam.... sangat memenatkan dan menyeronkan kata Mrhubby sebab dapat buat macam macam perkara dalam masa 2 hari yang suntuk bercuti tanpa di rancang... aperpun Teluk Batik sangat best.... daaaaaaaaaaa






2 comments:

  1. ha..ah..khai lah afra..semakin montel...makin tak kenal ena kat dia..kekeke

    BalasPadam