Jom Follow me!!

07 Januari 2011

~Doa Buat Kak Khasni~

Berita mengenai penyakit suami Kak Khasni rakan sepejabat dengan aku dah lama kami semua tahu… yang kami tahu dari Kak Khasni hari-hari berulang aik dari Sg,buloh ke Hospital Ampang setiap hari kerana suaminya di masukkan ke Hospital itu…. Lama dah rasanya suami Kak Khasni masuk sana… Suami Kak Khasni sakit Cancer Darah….

Hari nie pagi tadi 9.30 pagi kami 4 orang mewakili pejabat ke Hospital Ampang kerana nak melawat dan memberi semangat kepada Kak Khasni kerana suaminya telah di maklumkan Koma semalam… Untuk pertama kalinya aku betul-betul masuk dalam ICU… memang takut sangat sebab semua pesakit yang bermacam-macam penyakit menggunakan alat bantuan mesin… Kesian bila tengok mereka…aku harus bersyukur kerana Allah s.w.t kerana memberikan kesihatan yang sihat buat masa ini…

Suami Kak Khasni di dalam bilik pengasingan…rasa tak sanggup nak tengok bila suaminya di kelilingi dengan mesin… Aku terharu kerana Kak Khasni begitu tabah menghadapi semua dugaan ini…. Sedangkan aku yang hanya melihat dan mendengar cerita Kak Khasni dan bergenang-genang airmata bila mendengar cerita dari Kak Khasni….walaupun aku bukan sesiapa diantara keluarga Kak Khasni tapi aku turut rasakan kesedihan yang dia alami....

Aku doakan semoga suami Kak Khasni pulih seperti sediakala…. Semoga suami kak Khasni kuat mengharungi saat-saat ini… sebab aku pernah dengar…. Pesakit harus kuat….untuk terus hidup….. Insyallah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan suami Kak Khasni serta keluarganya…..aminnnnn


0 comments:

Catat Ulasan