Jom Follow me!!

30 Disember 2010

ByeBye 2010....

Sebelum Tahun 2010 pergi meninggalkan kita.... aku nak mengimbau semua kenangan yang bakal berlalu tapi akan sentiasa terpahat di sanubari aku.....


Jom Spotlight semua kenangan sepanjang 2010:


Januari :

  • Mandi-manda di air terjun FRIM bersama Nurfazliza & Husband
  • Menyambut Ulangtahun perkahwinan 4 tahun bersama Sabariah & Husband
Februari:
  • Majlis Bersama Menteri Kesihatan
  • Menonton Teater ANTARA sempena Maulidur Rasul
  • Jom Heboh di Bukit Jalil
  • Main Bowling with Sab, Adik & Umie 
Mac:
  • Holiday Kuching Sarawak with My family
  • Holiday Langkawi
  • Konsert AMY SEARCH di Istana Budaya
  • Meeting untuk reunion SMKKT
April:
  • Genting Highland bersama adik...
  • Menonton Teratak Minang Di Istana Budaya
Mei:
  • Menyambut Ulang Tahun perkahwinan Abah & Emak
  • Reunion SMKKT batch 95-99
  • Reunion EDI intake 2000
  • Kursus MCAS di INTAN Kluang Johor
Jun:
  • Family Day Hospital Sg.Buloh
  • Celebrate Sab & Abot Ualngtahun perkahwinan
Julai:
  • Holiday Sabah (KK) bersama Adik...
  • Ke Bandar Ikan Patin....kg Adik Husband
Ogos:
  • Yus sepupuku kahwin
  • Berbuka puasa bersama Shafa, sab di restoren Nelayan
September:
  • Menyambut HAri Raya di Sarawak
  • Open house giler-giler
  • Aku buat Open House gak...
Oktober:

TAk INGat Lak AKtiViTi

November:
  • My Birthday....
  • Jalan-jalan ngan Mokcu Dan Mommy
  • Sambut Firewell Kak Ina dan Beday Party
  • Makan steambot nGan Sab
  • Gie Genting Highland ngan sab... check in Seri Malaysia
  • Aidil Adha
  • Miza Weeding & Bukit Melawati
  • First time gie MAHA
  • Sambut Beday satu Family wani belanja
  • Ambik alih tugas PT sumber...
  • Mula pergi kerja naik Motorsikal bersama MrHubby
Disember
  • Yus Wedding di seremban
  • Jaini Wedding di Taiping
  • Lepak-lepak Kuala Kangsar Perak
  • Jom Heboh
  • Layan Karaoke dengan Adik
  • Adik Bersalin dapat baby girl...
Sesungguhnya spotlight aku hanya untuk kenangan manis sahaja....
walaupun ade pahitnya jugak....dan aku buangkan jauh-jauh yang pahit.....

semoga 2011 akan lebih bermakna buat aku....walupun impian 2010 tak kesampaian...aku berdoa agar 2011 akan Allah s.w.t dapat menunaikan impian dan harapan aku....

Selamat Tinggal 2010

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Utusan Malaysia Online - Berita Utama


Twitter Khairul Fahmi kelima tertinggi di dunia

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Persembahan cemerlang penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.
Dalam tempoh sejam, penjaga gol kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan Support Timnas, yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.
Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.
Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 57,000 daripada peminat, ketika artikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula.
Khairul Fahmi, 21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel perlawanan dibunyikan.
“Terima kasih kerana mengembalikan ‘keseksian’ dalam bola sepak Malaysia,” kata seorang peminat dalam laman bola sepak pemain itu.


dan aku.....Tetiba jadi PEMINAT KFCM nie jugak.....

Wajah Baru 2011

Opsssss.....anda tidak tersalah blog....ini adalah blog aku ZARENAABADIE ... teruskan membaca aper yang patut ok....Malam nie puas aku mengodek blog kesayangan aku.... memandangkan esok cuti... aku gagahkan biji mata nak update aper yang patut.... rasanya dari sejak mula mendekatkan diri menjadi seorang penulis nie... design blog nie tak penah aku tukar... rasanya sapa yang selalu masuk blog aku tentu dah jemukan....


 nie adelah free hit counters aku.... 4655 ...baik punya nombor nie...wakakakkaka
sepanjang aku berblogger nie...dah ramai pengunjung.... cuma aku tak seaktif mana pun dan NUFFNANG aku tak de kemajuan ke hadapan...sebab bukan reti sangat...hentam-hentam jer berblog nie... 

 ini paparan terakhir aku sebelum bertukar wajah.... sayang sebenarnya nak tukar...
tapi rasanya hidup perlukan perubahan....samajugak dengan blog nie....
arghhh..mengarut aku...

Nie anatara paparan widgeo aku...
nie kira baru jer aku pamerkan kat laman sesawang aku nie....
dah 1036 tue pun dah kira ok....walopun dah nak 2 tahun aku jadi penulisan tak di iktiraf ini....
orang lain sekejab jer dah ramai follower.... aku setakat nie still maintain 25 orang..
maklumlah aku nie tak berapa ramai kawan kottt!!!

Untuk 2011 nie..... selamat menjadi pembaca blog aku....
Terima Kasih pada yang selalu singgah kat sini....
Jangan terkejut dengan wajah baru...
Isi still sama...
Hijau tanda ketenangan buta aku....
Tahun 2011 akan datang sehari lagi...
dan segala 2010 yang manis akan jadi kenangan terindah buat aku....
dan yang pahit menikam jiwa....akan ku campak jauh dari hidupku.....

Sekian....menutup pintu 2010....jumpa pada penulisanku 2011...


...TAHNIAH Malaysia...Juara AFF Suzuki Cup 2010...

wahhhh....tak sangka Malaysia juara....setelah sekian lamakan.....!!!! tak sia-sia aku bersorak semalam bersama-sama Mr Hubby dan Adik (Nurfazliza Family)... tempat menonton kali nie bukan Stadium..of coz jauh kan.... bukan kedai mamak...tapi di Tasik Puteri... di rumah sahabatku yang baru menerima cahaya mata... di sebabkan adik seorang yang gilerkan bola... ade geng lah aku nak menonton... sambil2 tengok baby cute dia Raisyha... waloupun kena sorak sakan baby raisya maintain tidur... hahahah.. sian dia...

Aku nie bukan minat sangat bola tapi di sebabkan dah lama Malaysia tak segagah itu...aku bangga pulak nak tengok Malaysia beraksi di padang semalam.... lagi-lagi dah jatuh cinta pulak dengan salah sorang pemain Malaysia...wira negara sekarang SAFEE SALI... ....wahhhh gitu.... aper-aper pun dah jatuh cinta jugak dengan penjaga gol gak....FAHMI.....mempertahankan pintu gol Malaysia... cayok...cayok....

Yang Pentingkan....di sebabkan permainan yang baik..dan Piala yang di Julang semalam.... Seluruh Rakyat Malaysia mendapat Cuti Umum....pada Jumaat 31/12/2010... TQ Dr.Sri Najib Tun Razak.... kepada Rakyat Malaysia selamat Beristirehat okey.....

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA


27 Disember 2010

25th Disember 2010

Wah kemain tajuk story aku hari nie.... macam tarikh special jek....hehehe..tapi tak de hari-hari peringatan pun pada 25/12/10 nie untuk aku kecuali mereka-mereka yang menyambut Hari Krismas....dan aku pula berehat saja di rumah..

Hari nie aktiviti membantu suami mengemas,membuang benda-benda tak berfaedah dalam rumah nie.... abis semua cerok Mr.HUbby godek... sehinggalah terjumpa satu beg yang penuh kenangan... boleh Mr.Hubby nak buang beg tue, kata dia menyemak banyak-banyak kertas dalam beg hijau tue... aku pun tengoklah aper yang ade dalam beg tue... rupa-rupanya Harta Karun aku yang banyak sangat kenangan... dalam beg tue, adalah antara surat-surat dan kad-kad lama semasa di SMKKT(sekolah menengah) & E.D.I (kolej).. semua dari pemberian sahabat, kakak angkat, adik angkat dan lain-lain... aku pun aper lagi ambik dan baca... banyak benda yang aku tak ingat... tapi dalam surat tue semua buat aku terkenang-kenang benda lama... paling kelakar diari aku yang masih ade...perrrr..punya kelakar..macam-macam isi hati aku dalam tue... rindulah saat belajar... tak sama dengan ape aku lalui sekarang...



Waktu petang hingga ke malam aktiviti aku melawat BFF aku Nurfazliza (adik) telah selamat bersalin... Tahniah buat adik dan suami... di atas kelahiran Baby Girl Melia Raisya... comel sangat!!!


baby sedang sedap tido....bila nak celik mata nie...
ibu dia sedang bersiap baru lepas mandi...

 muka sapa erk? ibu dia ke ayah dia nie....

n
iman dok usar-usar baby girl adik...leh buat makwe..kekekeke...

p/s: untuk yang singgah ke blogku...
doa2kan aku dan Mrhubby supaya di kurniakan anak jugak yer....