Hari ketiga: 28.1.2012
Pagi nie, jadual satu hari sehingga petang ke Mekong Delta.. pertama kali nak jejak tempat ini, selalunya asyik dengar orang cerita sahaja… perjalanan yang agak panjang dan amat memenatkan…adalah 6 jam pergi balik… tapi sangat seronok kat sini, walaupun penat pengalaman sangat berharga dan tak akan aku lupakan… Sebelum bertolak En.Joseph @ Kong adalah orang Vietnam sebagai pemandu pelancong kami pada hari itu..orang yang sangat kelakar dan peramah berhenti untuk mengambil pelancong lain yang berkongsi bas yang sama…
Didalam perjalanan memang terdapat masalah sedikit apabila nak membuang air kecil @besar..hehehe…kat sini memang masalah nak mencari tandas… kebetulan pulak kawan kami memang tak boleh tahan..satu bas panic…. Hingga jumpa satu tempat kraftangan yang dibuat oleh orang OKU (orang kurang upaya).. selamat kami, yang lain lain tompang sekaki…ehehhe…sambil-sambil tue boleh cuci mata dengan barangan yang cantek-cantek di situ.. seterusnya kami menuju kedestinasi yang dinanti-nanti…
Akhirnya sampai di Jeti Mekong , kami terus menaiki bot yang disediakan… sangat besar Sg.Mekong nie dah macam laut dengan ombak ombak besar yang ada. Ini antara tempat pelancongan yang sangat terkenal, mana mana pelancong yang mengikut travel akan dibawa disini untuk merasai kehidupan orang-orang Vietnam … tempat nie macam perkampungan mereka…
Tempat pertama diturunkan, dimana terdapat kawasan perkampungan mereka dimana kami dihidangkan buah-buhan tempatan mereka sambil dinyanyikan lagu-lagu bahasa Vietnam dan juga lagu berbunyi Melayu tapi pelat pelat gaklah..lagu ‘Si jantung Hati’. Sambil mereka nyanyi mereka sediakan tabung untuk diberi ikhlas kepada mereka…
Tempat kedua aku seram nak naik sebenarnya, tapi disebabkan tak boleh patah balik… bot yang kami naik tunggu di station lain terpaksalah aku naik sampai yang kecil boleh menampung 5-6 orang sahaja dalamnya sambil dikayuh oleh makcik pakcik Vietnam nie… kuat sungguh dorang berdayung dengan berat yang berkilo-kilo tue… aku giler seram dok tegak sampai ke tempat di tuju.. punya jauh jugak anak sungai yang berkiri kanan kan pohon nipah tak silap aku…. Tapi sempat gak aku bergambar untuk kenangan bermasa teman aku tue…
Tempat ketiga kami dibawa ke kawasan untuk menikmati madu lebah… kat sini aku dapat gak mencuba madu tersebut.. sama jer rasa madu dan yang paling kena berjaga-jaga bila dok kat meja tue jangan nak cuba semua kerana kesian kat kawan-kawan yang terminum banana wine yang ada kat meja tue… nasib aku tak terminum..mau mabuk sekejab…hehehe… sedia maklumlah kan kat sini bukan Negara islam… so untuk muslim berhati-hati okey…. sambil tue bergambar ngan awek-awek minah saleh nie... dorang sungguh peramah...
Tempat Keempat pulak kami menaiki bot semula dan dibawa ketempat kelapa, dimana kat situ semua benda menggunakan kelapa…Cuma yang takda monyet jek…hehehe..mungkin manusia kot yangpanjat poko kelapa… kat sini jugak tempat mereka memproses gula-gula berasakan kepala…tempatnya kecil sahaja tapi macam kilang yang boleh memproses gula-gula dan perbagai menggunakan air,isi dan kulit kelapa. Sempat gak menikmati air kelapa yang dibelanja metron kat opis aku nie..thanks metron!!!
Tempat Kelima naik bot laju tue lagi ke tempat makan sambil bersantai…. Kami punya makanan tengahari telah siap dibungkus sebab perjalanan hari ini memang melibatkan masa yang panjang…. Kali nie anak Sis Hazel yang bawak kami jalan… senang sikit dia ada…boleh tolong translet bahasa untuk kami..hehehhe..thanks Ahman…yang rupa ala-ala Maulana AF tue…. Tempat makan nie, ada macam-macam gak… taman buaya… elok jer kami makan berdepan kan buaya buaya tue..hehehe….dah lapar lalu jerk… buaya-buaya tue bukan sekadar untuk dikunjungi..tapi di restoren di situ ada menjual Buaya Masak Kari…huhuhuh….serammmm…. dah kenyang makan berangkatlah kami ke Jeti Mekong semula untuk pulang kehotel…dah penatan teramat-amat…. Tapi sangat seronok….
Sampai hotel memang niat nak tidor sebab dah kepenatan, tapi disebabkan kami datang waktu Tahun Baru Cina, tempat membeli belah iaitu BEN THANT MARKET baru nak buka pada hari itu.. Frust lah jugak, sebab duit dah tinggal sikit….hehehe… nak tak nak kejar jugak pasar tue sebab esok nak balik K.L dah…. Sampai pasar tue yang berdekatan dengan hotel kami, tapi dah nak tutup pulak… sempat jugaklah tawar menawar kat kedai yang buka.. kat sini kalo nak tawar memang kena tawar abis…. Bila dia tak bagi tawar cabut jer.. tentu dia panggil balik dan beri harga yang kita nak….hehehe… itu pun ilmu diajar oleh Abg Bunga selalu agensi travel kami…. Cepat sangat pasar nie tutupnya… mungkin syarat mereka sebab bergegas gegas tutup yang buat aku dapat tawar..kalo tak memang tak layanlah dorang kat aku…lepas beli terus balik hotel sebab nak rehat kejab sementara menunggu waktu makan malam…
Disebabkan malam ini malam akhir kami plan nak jalan lagi…. Kali nie nak gie tengok “Papet Show” betul ke aku eja? Bolehlah….. lawak gak.. susah betul nak pergi..sebab pemandu teksinya tak paham bahasa Inggeris, Melayu apatah lagi… punyalah mencari tempat akhirnya jumpa jugak dengan berkat usaha..wakakakka… paling lawak..malam tue tak de “Papet Show” bertukar menjadi konsert kerana HCMC masih meraikan New Year… jadi layan 4 lagu kami cabut, sebab dah mau pekak dok depan speaker…huhuhuhu….. akhirnya buat keputusan balik ke hotel dan bergambar kenangan sepanjang perjalanan balik…kerana malam itu adalah malam terakhir kami..esok dah nak berangkat pulang….. sampai hotel terus tido..coz sangat keletihan teramat…
Hari keempat: 29.1.2012
8.00 pagi: Bergegas bangun dari tido, sebab nak bershopping, pagi nie makan sendiri sendiri tak ada makanan disediakan,..jadi makan semua benda yang dibawa dari KL hari tue…. Kena kasi clear kalo tak mau berat beg kalo balik…. Selesai sarapan turun semula ke Ben Thant Market untuk shopping kali terakhir… kali nie memang masa menghabiskan duit.. sangat gila tengok kain-kain yang murah murah… aper pun sempat membeli kain berpasang-pasang buat diri sendiri dan family tercinta….
11.00 pagi: Balik ke bilik bersiap untuk check out…. Semua barang dah siap kemas tinggal nak berangkat…
12.30 tgh : Check out dan semua berkumpul di lobi dengan beg masing-masing… semua siap menimbang, takut-takut over weight… kebanyakannya semua terlebih termasuk aku… risau teramat… sekali tengok tiket seorang 25kg… lega… dan sampai airport kami masuk grouping tak adalah masalah..semua selamat dan tiada terlebih KG… alhamdulilah…
4.45 petang: Tiba masa pulang ke Malaysia , dah rindu orang dirumah…hehehhehe.. tapi masih tak puas bershopping di HCMC… pengalaman yang sangat menarik dan indah yang akan terpahat di hati…. Sebuah Negara yang bagus dimata aku… insyallah aku akan kembali semula….
9.00 mlm: Sampai KL dan terus pulang kerumah…..





















